Use me!! You can find things in this blog.

Wednesday, April 11, 2012

Bibliografi


1.Buku
Choy, L. C. (1991). Ping Pong. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Hewitt, D. P. (1993). Play The Game Table Tennis. London: Blanford.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Z. J. (2009). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Drill Ping Pong. Shah Alam: Publications Sdn. Bhd.
Wasserman, S. (1975). Table Tennis Ping Pong. London: Sterling Publishing Co.Inc New York.



2.    Internet
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/pk/hsp_p_kesihatan_y123456.pdf 

Tuesday, April 10, 2012

Pukulan Deras Hadapan (forehand drive)




Dimulakan dengan kedudukan yang menyebelahkan badan kepada garisan bermain.

Bet    : sudut yang sedikit tertutup
Siku  : lebih kurang 90 darjah dan sekurang-kurang 13 cm daripada badan kita.

Kaki kiri haruslah ke hadapan sedikit bagi pemain tangan kanan.

Gerakkan bet ke hadapan dan atas dengan bahu kemudian pukul bahagian belakang bola pada kemuncak lantunannya.

Berat badan dialih dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Pemukulan terlalu kuat dan bola terkeluar daripada meja boleh dibetulkan dengan sudut bet yang dipegang.

Garisan-garisan pepenjuru merupakan bahagian terpanjang pada meja dan memberi peluang mendapatkan jarak yang betul.

Servis


Jarak antara pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm.

Jarak antara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm. 



Meletakkan kaki kiri di hadapan dan berdiri di tengah hujung meja dengan sedikit ke kiri untuk membuat servis dengan pukulan hadapan.

Kedua-dua tangan mestilah di atas permukaan meja dan di belakang garisan hujungnya.


Cara Memegang Bet

1. Genggaman Salam / Jabat Tangan

  • Cara yang paling popular di seluruh dunia.
  • Memberikan permainan yang terbaik.


2. Genggaman Pegangan Pen

  • Cara kedua paling popular.
  • Memberikan Pukulan depan terbaik.

Kemahiran Asas

1. Cara Memegang Bet
2. Servis
3. Pukulan Deras Hadapan (forehand drive)

Aktiviti Asas untuk Memanaskan Badan


Senaman meregangkan seluruh badan dari atas ke bawah.





Tujuan memanaskan badan
  • memanaskan otot
  • mengelakkan kecederaan
  • menggerakkan sendi
  • menaikan kadar denyutan jantung


Peraturan


1.Pemain dikehendaki berada di tempat perlawanan 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula.

2.Kawasan latihan disediakan untuk peserta yang ingin membuat latihan.

3.Pemain yang ingin melekatkan getah pada bet, perlu berada di kawasan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

4.Pemain tidak boleh berada di dalam tempat perlawanan selagi arahan tidak diberikan.

Monday, April 9, 2012

Peralatan

Bola

1.Diameter 
   40 milimeter
2.Jisim
    2.7 gram
3.Warna 
    putih atau kuning 
    (mengikut warna meja dan persekitaran.)


Bet
1.Mesti mempunyai logo ITTF (International Table Tennis Federation).
2.Getah yang terbalik yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas.  


Meja
1.  Panjang : 2.74m (9 kaki)
2.  Lebar     : 1.525 m ( 5 kaki )
3.  Tinggi    76 cm ( 30 inci )


Pakaian
1.  Warna baju tidak boleh sama dengan warna bola.
2.  Digalak memasukkan baju ke dalam seluar.




Sejarah

Berasal dari England.

Tahun 1800-an 

Masyarakat kelas atasan Viktoria bermain dengan permainan ping pong sebagai hiburan selepas jamuan makan malam.

Nama ping pong digunakan secara meluas sehinggalah J. Jacques & Son Ltd, syarikat pembuat barang-barang permainan Inggeris yang membuat sebagai tanda perdagangan ataupun trademark pada 1901.

Objektif

Di akhir pelajaran, pelajar dapat ;


1.Memahami tentang permainan ping pong.
2.Menguasai teori kemahiran asas.
3.Memahami peraturan perlawanan.

Tuesday, April 3, 2012

Pengenalan


(Rujuk dari : link)
  • Permainan ping pong merupakan sejenis sukan dan permainan dalam yang popular.
  • Boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu.
  • Laju dan memerlukan reaksi pantas.
  • Amat popular di Asia Timur.
  • Antara sukan yang terdapat paling banyak jumlah pemainnya.